Ahad, 7 November 2010

Anak Melayu Sudah Rosak!!!

,
GAMBAR TELAH DIPADAM ATAS PERMINTAAN PEMBACA


Apa dh jadi anak melayu masa kini??rosak??murahan??tak bermoral??tiada harga diri?? ''tepuk dada tanya selera''..anak melayu masa kini terutama wanita boleh dianggap tidak bermoral dan tidak berpegang pada ajaran islam kerana mereka tidak menjaga adab dan ajaran islam.lihatlah gambar anak perempuan melayu masa kini di bawah ini,,Pada pendapat luffy,jika mereka ini hidup pada zaman nabi dahulu sudah tentu direjam hingga mati,,huhu 

berbaris cam tunggu pelanggan je,,muke dh r x cantik,,jagalah ckit maruah tu,,



basuh moto sampai 3 orang,tapi dengan orgnya sekali basah,,nampak sgt sengaja tarik perhatian.


sengaja posing bila nampak org tangkap gambar


bajet cantik r senyum dan pakai mcm 2,


     mengghairahkan...

Ini bukan satu mimpi,tetapi inilah realiti kehidupan anak melayu pada masa kini,, Astaghfirullah!!!Astaghfirullah!!!Astaghfirullah!!!

Ahad, 31 Oktober 2010

APA ITU GAME ONLINE??

,

                                                      Crazy Shooter Online (Game PC)


Crazy Tembak Online adalah sebuah permainan FPS dengan perspektif animasi.
Dapatkah Anda memainkan permainan ini seperti permainan online Beberapa serupa dengan gaya yang sama dan dengan permainan yang sama sepatu Tujuan Masing-masing memiliki perangkat sudah diatur sendiri karakter yang membedakan Mereka Yang other.This Setiap titik dari diferensiasi Juga Menurut kategori pemain Mereka menarik dan tingkat adventure.In ini petualangan online Anda boleh berdansa dengan karakter Anda untuk memulihkan hidup atau menembak dengan sinar khusus untuk musuh-musuh kita dan berubah menjadi binatang Them, game gratis seperti ini tidak terlalu Sering terlihat! Permainan Menyediakan gudang besar senjata dan lima mode permainan.



Dalam Penambahan Anda Juga boleh wisata kamp untuk belajar gerakan dasar dan taktik itu akan melayani waktu untuk memainkan massal server dengan orang-orang di sekitar mundo tersebut. Crazy adalah game online tipe penembak adalah FPS (First Person Shooter). Kami Memiliki Sebuah gudang baik Senjata, dan lima modes.Although permainan itu adalah permainan penembakan di orang pertama seperti banyak lain tapi Aspek penasaran dan menyenangkan Apa Membuatnya berbeda dari yang lain adalah: -

Misalnya Pompa hilir itu ternyata musuh yang lucu dan imut kecil musuh dan tari memulihkan Di mana karakter mulai menari untuk vitalitas Regain.



info***ap!z_peace my name in crazy shooter online..

Ahad, 15 Ogos 2010

MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

,

Kalimah Fitnah الفتنةdalam bahasa Arab bermaksud: Ujian dan cubaan.
Imam Ibnu Hajar berkata:
Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار(ujian) dan الإمتحان(ujian)

Ibnu Manzur, Al-Azhari dan lainnya berkata:
"Asal makna fitnah adalah الإبتلاء(cubaan), الإمتحان(Ujian) dan الإختبار(ujian)."

Apapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:
"Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau pun keburukan sesuatu."

Makna Fitnah Dalam Al-Quran pula adalah berbeza. Ianya seumpama berikut:

1. Fitnah yang membawa maksud Syirik.
Firman Allah :

"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh."(Ayat 191: Surah Al-Baqarah)
"Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik."(Ayat 193 : Surah Al-Baqarah)
"dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh."(Ayat 217 : Surah Al-Baqarah)

2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.
Firman Allah:
"Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar." (Ayat 40 : Surah Toha)
"Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu."(Ayat 3 : Surah Al-Ankabut)

3. Fitnah membawa maksud seksa
Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan ... "
Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.

4. Fitnah membawa maksud dosa.

Firman Allah:
"Dan sebahagian mereka ada yang berkata "izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka yang telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang)."(Ayat 49 : Surah At-Taubah)

5. Fitnah bawa maksud kekufuran.

Firman Allah:
"Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran."(Ayat 48 : Suarh At-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali-Imran.

6. Fitnah bawa maksud pembunuhan dan kebinasaan.

Firman Allah:
"Sekiranya kamu takut orang-orang Kafir membunuh kamu."(Ayat 101: Surah An-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 Surah Yunus.

7. Fitnah yang membawa maksud berpaling dari jalan yang benar.

Firman Allah:
"Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran."( Ayat 49: Surah Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.

8. Fitnah yang membawa maksud sesat.

Firman Allah :
"Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya."(Ayat 41 : Surah Al-Maidah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.

9. Fitnah yang membawa maksud alasan.

Firman Allah :
"Kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata "Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin." (Ayat 23 : Surah Al-An'am)

Sebahagian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.

10. Fitnah yang membawa maksud gila
"Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila."(Ayat 6 : Al-Qalam)

MAKSUD FITNAH DALAM HADIS

1. Fitnah yang membawa maksud perselisihan dan peperangan

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku." (Imam Bukhari dan Muslim)

2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israel adalah wanita."(Hr Muslim)

3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan.

Hadis Nabi Muhammad SAW:
"Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, Baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya."(Hr Bukhari)

4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya."(Hr Bukhari)

5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi." (Hr Ibnu Majah)

6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.

Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:
"Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. Sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan."(Hr Bukhari dan Muslim)

7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Muaz ra:
"Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?"(Hr Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Masyarakat selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:

"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh." (Surah 191 : al-Baqarah)

Banyak di kalangan masyarakat mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa Arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesiapa yang berkata tentang Quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di Neraka." (Hr Tirmizi)

Firman Allah SWT:
"... Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu." (Ayat 33 : Surah Al-Araf)

Berhati2lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.

RUJUKAN: Sofawatut Tafasir oleh Sobuni, Tafsir Ibnu Kathir dan al-Fitnah oleh Dr Ibrahim ad-DarwiThe Girl with the Dragon Tattoo

Jumaat, 13 Ogos 2010

apa itu seni visual???

,


PENGERTIAN SENI VISUAL SECARA UMUM

Seni secara umum agak luas seperti seni halus, seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya).

Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis.

Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat.

Khamis, 12 Ogos 2010

Apa itu Cinta?

,



Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini,BdkGtah  ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz