Khamis, 4 Ogos 2011

Hukum Kahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!
sekadar gambar hiasan




Assalamualaikum wr.wb.

Saya terus terang saje Ustaz. 

Saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita & insyaAllah siap utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu. 

Dia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan sudah menyesal. Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari bekas kekasihnya. Tapi menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan bekas kekasihnya itu juga masih teman saya. Yang ingin saya tanyakan:

1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan menikahi wanita tersebut ? Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?

2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin balik lagi kepada dia. Saya tahu dia masih mencintainya, kerana mereka berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita itu. Apakah saya harus merelakan wanita ini untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia mencintai saya.

3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah, apakah saya termasuk orang tidak baik? Kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik, dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.Terima kasih atas jawapannya

-Arie-



Jawapan

Semoga Allah merahmati kita semua

1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat, sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan saudara mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak boleh pilih yg lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)

2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah dia bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.

3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.

Wallahualam.





sumber:gempak.org

7 comments to “Hukum Kahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina”

  • 23 November 2011 10:36 PG
    Tanpa Nama says:

    slm
    sy nk bertanya apakah yang harus dilakukan sekiranya berzina dengan kekasih yang sebetulnya masih lagi isteri orang?perlukah berterus terang dengan suaminya dan menikahi perempuan tersebut?

  • 9 Jun 2012 6:41 PG
    Tanpa Nama says:

    assalamualaikum,

    Ustaz, bagaimana pula dengan pasangan penzina itu? adakah mereka wajib berkahwin setelah bertaubat?

  • 23 Jun 2012 9:53 PTG
    bdk getah says:

    kmslm..maaf..admin bkn ustaz..artikel ini sebagai perkongsian bersama sahaja..untuk lebih pasti bolehlah bertanya kepada ustaz azhar idrus..ini link fb nya..
    http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

  • 31 Julai 2012 11:13 PG
    Tanpa Nama says:

    oh bkn ustaz rpenye....

  • 17 Januari 2013 9:21 PG
    Tanpa Nama says:

    ustadz jika org yg berbuat zina it bnr2 ingin bertaubat, bagaimana cara terbaik yg harus dilakukan org itu untuk mendapat ampunan Allah, ,,

  • 19 Januari 2013 10:49 PTG
    bdk getah says:

    kmslm..maaf..admin bkn ustaz..artikel ini sebagai perkongsian bersama sahaja..untuk lebih pasti bolehlah bertanya kepada ustaz azhar idrus..ini link fb nya..
    http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

  • 13 Februari 2014 12:35 PTG
    Tanpa Nama says:

    Apa hukumnya orang yang beracaran tapi selalu mengirim foto bugil buat kekasihnyA...

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz