Khamis, 28 April 2011

Mengapa Umat Islam sembah Kaabah?(jawapan kepada org bkn islam)

,

Jika bangsa yang beragama selain islam bertanya kepada kamu bahawa mengapa umat islam sembah kaabah??umat islam menyembah batu lebih besar daripada patung-patung cina..Apakah jawapan yang akan kamu berikan???jawapannya ada pada kisah yang diceritakan ini..

Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky. 
lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.

‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 


Rabu, 27 April 2011

Budak Yang Nakal Di Dunia..

,

kesian patung 2,,hehe



hati kering betol bdk ni..

Isnin, 25 April 2011

DI MANA ISTERIKU!!!

,



DI MANA ISTERIKU!!!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..

Rabu, 20 April 2011

Selasa, 19 April 2011

Peringatan Untuk Umat Islam

,


Renungan: Jangan kawini wanita mengandung

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
 Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga 
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. 
Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. 
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, 
maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... 
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain 
timbul dari persoalan pokok tersebut. 
Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:




Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin 
didapati hamil anak luar nikah?




Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, 
bolehkah mereka bernikah?




Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?




Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.
Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil,
 walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
....................................................................................................................
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk 
memperbetulkan keadaan?




Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.
Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan,
atau sehingga sah dia tidak mengandung,
barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
....................................................................................................................
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?




Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
itu tidak sah.
.....................................................................................................................
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?




Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, 
adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?




Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
.........................................................................................................................
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang 
wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah sewajarnya?




Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, 
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, 
atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?




Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu,
kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya.
Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka,
kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah
anak-anak yang tidak sah taraf.

SEKADAR RENUNGAN DAN PERINGATAN UNTUK KITA BERSAMA

Isnin, 18 April 2011

Diperkosa Ramai-Ramai Dijalanan(lwk)

,

kucing pon pandai rewang ek??hehe





sumber:gempak.org

Jumaat, 15 April 2011

Kelibat raksasa di Pelabuhan Sydney

,
GAMBAR yang disiarkan akhbar The West Australian menunjukkan kepala raksasa (dalam bulatan) di Pelabuhan Sydney, Australia.



SYDNEY - Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.
Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney.
Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.
Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu.
Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini.
Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland. - Agensi

:kosmo

Khamis, 14 April 2011

Download Cite ... DALAM BOTOL

,




Pada mulanya filem ini mendapat kecaman hebat oleh pihak tertentu kerana menganggap filem ini menyentuh isu sensitif dalam masyarakat kita dan akan mendorong kepada gejala tidak baik.

Namun begitu setelah dikaji dan diperhalusi setiap babak dalam filem …Dalam Botol ini, ramai yang mula membuka mata dan menerima kerana ada mesej penting yang hendak disampaikan oleh Khir Rahman sebenarnya.

Filem … Dalam Botol arahan Khir Rahman membariskan pelakon seperti Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid.

Secara ringkas nya, filem ini mengisahkan hubungan cinta sejenis di antara Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) sehingga menyebabkan Rubidin sanggup berkorban dengan mengubah identitinya kepada Ruby dengan melakukan satu pembedahan menukar jantina di London semata-mata dengan niat agar Ghaus terus menyintainya.

Malangnya, perubahan Ruby itu menyebabkan Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby dari hidupnya. Rubidin menyesal akan perbuatannya dan membuat keputusan untuk pulang ke kampung.

Rubidin didesak agar berkahwin oleh ibunya dan dia kembali menjadi seorang lelaki yang mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baik budi. Malangnya keadaan fizikalnya yang kini bukan lagi seorang lelaki tulen menyukarkannya mendampingi gadis yang diidamkannya.

Pengarah:
Khir Rahman

Penerbit:
Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd dan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd

Dipawagam:
24 Mac 2011

Pelakon dalam botol:
Arja Lee
Wan Raja
Diana Danielle
Ogy Ahmad Daud
Normah Damanhuri
Jalil Hamid

IMDb: Dalam Botol (2011) - IMDb
Also Known as Anu Dalam Botol (2011)

Download Links
FileSonic Single Links
HotFile (100MB Parts)
Code:
http://safelinking.net/p/82f27c01ce
FileSonic (100MB Parts)
Code:
http://safelinking.net/p/e00f7fbca3
 
sumber:gempak.org 

Rabu, 13 April 2011

Selasa, 12 April 2011

Aksesori Wanita Yang Paling Aneh Di Dunia!!!

,

cmni pon ada ek??kt malaysia agaknya ada x ek pompuan yg nk pkai cmni??hehe 


http://www.facebook.com/pages/Stamford-Bridge-United-Kingdom/BdkGtahblogspotcom/195219393822128

Ahad, 10 April 2011

Ambulance Yang Paling Laju Di Dunia(lwk)

,

Owg yg tgh skt tenat seperti sesak nafas blh terus mati bile naik ambulance ni,,Laju gle..mcm F1...hehe

Sabtu, 9 April 2011

Jom Ramai2 Sign Up Usop Wilcha Book!!(lwk)

,
kuat betul pengaruh usop wilcha ni,,huhu



Jumaat, 8 April 2011

Paip Air Yang Paling Lucah Di Dunia!!(18sx)

,





Agak2 kt Malaysia ada ke x ek paip air yg cmni??huhu  :P

Rabu, 6 April 2011

Siapa Orang Tua Dalam Logo KFC??

,

Adakah anda kenal siapa orang tua yang tersenyum dalam logo Kentucky Fried Chicken atau singkatannya KFC? dan bagaimana tertubuhnya KFC?

Beliau ialah Kolonel Harland Sanders, pencipta resepi KFC. Lahir pada 9 September 1890 dan mula membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun. Kerana itu janggut dan rambut didalam logonya berwarna putih (uban).


Beliau sebenarnya adalah seorang tentera darat Amerika, namun selepas pencen, beliau tidak memiliki wang walau sesen pun. Pada masa itu, beliau hanya memiliki kepandaian dalam memasak dan merempah ayam goreng yang diciptanya. Rasanya sangat istimewa pada waktu itu. Resepi itu kemudiannya dijual di restoran-restoran.

Kini KFC berkembang pesat dan memiliki outlet yang lebih dari puluhan ribu diseluruh dunia.



sumber:http://ajaibbenar.blogspot.com/2010/10/siapa-orang-tua-dalam-logo-kfc.html

Selasa, 5 April 2011

Isnin, 4 April 2011

Download cite 2Alam(cite paling?????)

,
Sinopsis
Adam adalah anak kepada seorang bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Keranan kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?

Credited cast:
Aaron Aziz
Adrea Abdullah
Sabree Fadzil
Rosnah Johari
Mohd Nazim B. Md Shah

Directors: Hairie Othman, Ed Zarith
Writers: Hisham B. Ahmad Sebly (screenplay), Datuk Dr. Rozmey (story)

IMDb: 2 alam (2010) - IMDb

Title : 2 Alam (2010) | Dua Alam (2010)


Cepat sedutt... cite paling tip top nihh...!!!

Download Links
Hotfile
Code:

http://hotfile.com/dl/113176518/e94e...G.avi.001.html
http://hotfile.com/dl/113177429/23ba...G.avi.002.html
http://hotfile.com/dl/113177509/ce9a...G.avi.003.html
                                   or

MegaUpload
Code:
http://www.megaupload.com/?d=B6XUQKLB
http://www.megaupload.com/?d=GWLB001J
http://www.megaupload.com/?d=KQWBBEJJ
Fileserve
Code:
http://www.fileserve.com/file/28YBfH5/Dua.Alam.2010.DVDRip.LQ.XviD-TeaMarYzs.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/9SUxtJn/Dua.Alam.2010.DVDRip.LQ.XviD-TeaMarYzs.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/V2Sg7KE/Dua.Alam.2010.DVDRip.LQ.XviD-TeaMarYzs.part3.rar
Filesonic
Code:
http://www.filesonic.com/file/481529624/Dua.Alam.2010.DVDRip.LQ.XviD-TeaMarYzs.part1.rar
http://www.filesonic.com/file/481529684/Dua.Alam.2010.DVDRip.LQ.XviD-TeaMarYzs.part2.rar
http://www.filesonic.com/file/481576541/Dua.Alam.2010.DVDRip.LQ.XviD-TeaMarYzs.part3.rar


FileSonic (Single link) Download

Code:
http://www.filesonic.com/file/480796171/Dua.Alam.2010.Jiwang.ORG.avi




 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz