Khamis, 5 Ogos 2010

Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!! Kisah Faizal Tahir dikatakan lemas ketika pengambaran video klip terbarunya, Sampai Syurga agak menggelikan hati. Bukan apa, saya rasa ramai yang akan cakap, Faizal Tahir tu, nama je peminat dan fanatik kepada Superhero kegemaran ramai… Superman, tapi takut dan fobia dengan air. Apa daaa…






Hakikatnya, korang pun kena faham, Faizal Tahir bukannya Superman. Dia mengaku yang dia takut dengan air. Faizal pun manusia macam kita juga. Ada kelemahan. Tidak semesti apabila seseorang obses dengan Superman, akan rasa dia macam Superman, kan?



















Ketika shooting video klip Sampai Syurga arahan Douglas Khoo di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam, baru-baru ini Faizal Tahir dikatakan lemas dan sesak nafas. Mungkin air terlalu sejuk barangkali. Bayangkanlah pengambaran video klip yang memerlukan 60% Faizal Tahir terpaksa berendam dalam air itu dibuat pada awal pagi. Dikatakan ada krew yang ingat Faizal tengah berlatih sehingga membiarkan Faizal terkapai-kapai. Padahal pada masa tu, Faizal tengah bertarung nyawa. Setelah menyedari hal yang sebenarnya, krew terus berenang dan menolong Faizal yang tercungap-cungap. Dek kerana itu, shooting terpaksa ditangguhkan selama dua jam..hehe

0 comments to “Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga”

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz