Sabtu, 7 Ogos 2010

10 ciri lelaki yang memikat hati wanita

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!
Lelaki memang ramai tetapi bukan semua lelaki idaman wanita. Begitu juga ramai wanita namun bukan semuanya mampu memenuhi ciri-ciri idaman lelaki. Itulah hakikatnya, ada kekurangan dan kelebihan dari setiap pasangan. Apakah sebenarnya ciri –ciri yang perlu ada pada lelaki sehingga mampu memikat hati wanita.

1. Berkeyakinan tinggi
Ciri pertama yang dicari wanita dari seorang lelaki ialah keyakinan yang tinggi. Mungkin anda seorang yang kacak, pandai bergaul dengan miliki ciri-ciri humor yang pandai memikat hati wanita tetapi kalau tidak punya keyakinan tinggi, anda mungkin ketinggalan.
Wajah kacak bukan jaminan wanita mampu cair tetapi ia satu kelebihan. Sebaliknya keyakinan diri adalah “raja” kepada semua kunci kejayaan. Yakin dengan diri, itulah ciri pertama yang dicari oleh wanita pada seorang lelaki.

2. Bercita-cita tinggi
Ramai lelaki beranggapan wanita terlalu materialistik dan mementingkan wang. Tapi anggapan sebegini tidak menggambar realiti sebenar. Mungkin ada wanita yang “tunduk” kepada kebendaan tetapi ramai yang tidak sebegitu.
Sebaliknya wanita ini tertarik kepada lelaki yang mempunyai kerjaya yang mantap dan bercita-cita tinggi. Ia merangkumi aspek komitmen, disiplin, bekerja keras dan sanggup berubah demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

3. Miliki unsur humor
Memang ramai lelaki yang boleh membuat lawak tetapi wanita bukan mencari pelawak dalam hidup mereka. Sebaliknya, ciri-ciri humor anda itu biarlah kena pada tempatnya, tidak menyakitkan hati sebaliknya mampu membuat wanita tersenyum secara spontan.

4. Mampu memuaskan mereka di ranjang
Ia penting kerana ramai wanita mampu melahirkan anak tetapi tidak menemui kepuasan dalam perhubungan seksual. Lelaki yang tampak maskulin, berkomitmen dan sebagainya adalah lelaki yang menjadi pilihan.

5. Bijak
Ramai wanita bertemu lelaki yang perasan diri mereka bijak tetapi bijak yang menyusahkan. Ini membuatkan ramai yang kecewa dan beranggapan lelaki semuanya sama.
Lelaki yang bijak adalah lelaki yang mampu berfikir dahulu sebelum membuat suatu keputusan, tidak terburu-buru dan mampu menyenangkan hati. Mulut mungkin manis bercerita tetapi melalui mulut jugalah suatu hubungan boleh berantakan. Jadilah lelaki yang bijak baik dari aspek emosi dan kejiwaan.

6. Peramah dan suka bergaul
Wanita sukakan lelaki yang mudah bergaul bukan saja dengan diri, teman namun yang penting sekali dengan ahli keluarga mereka.
Lelaki sebegini selalunya cukup menyenangkan untuk didampingi sesiapa saja. Bagi lelaki yang mempunyai sikap ini, markah bonus untuk anda.

7. Kemahiran komunikasi
Komunikasi adalah aspek utama dalam perhubungan. Ada rumah tangga yang tidak bahagia disebabkan perkara ini. Suami yang terlalu pendiam akan hanya membosankan isteri sebaliknya isteri yang terlalu becok mungkin membuatkan suami sakit kepala.
Tahukah anda, komunikasi yang baik ialah komunikasi yang bermakna, bukan cakap kosong dan sebagainya. Ramai wanita yang cair dengan lelaki yang pandai bercakap, kata-katanya manis tetapi penuh berilmu, mampu memberi perhatian dan sebagainya dan bukannya lelaki ‘tong kosong.’
8. Bersikap positif
Jangan jadi seorang yang mementingkan diri sendiri, suka menyindir dan bersikap biadab. Ini semua adalah sikap-sikap negatif yang membuatkan orang membenci diri anda. Jadilah lelaki yang disayangi dan bukannya tidak disukai.
Lelaki yang optimistik akan melahirkan jati diri secara natural termasuk senyuman, percakapan dan sebagainya ikhlas dari hatinya.

9. Rupa paras

Jangan kecewa kalau anda tidak memiliki paras rupa tampan walau pun sebenarnya lelaki kacak sentiasa menarik perhatian ramai wanita. Kalau anda tidak kacak, penuhi ciri-ciri di atas tadi, insya-Allah akan menjadi lelaki dambaan wanita.
Apa kelebihan lelaki kacak? Sudah tentu mereka mampu memikat hati ramai wanita, lebih elok jika wajah kacak disertakan dengan akal fikiran yang baik, budi bahasa, bersikap positif, menyenangkan dan sebagainya. Tetapi jangan lupa, banyak teknologi terkini yang membolehkan wajah kelihatan jauh lebih baik dan tampan dari sebelumnya.

10. Berdikari
Wanita memerlukan lelaki yang boleh menjaga diri mereka. Ini termasuklah lelaki yang boleh menjaga dirinya sendiri, bukan anak emak, mengharapkan harta keluarga dan sebagainya. Lelaki yang berdikari dan mampu membuat keputusan sendiri, membayar sewa rumahnya sendiri, memasak untuk wanita disayanginya dan lain-lain. Cuba semak, adakah anda memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita.

0 comments to “10 ciri lelaki yang memikat hati wanita”

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz