Sabtu, 7 Ogos 2010

Ariel, Luna Dinikahkan Dalam Lokap?

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!
 
 
Nampaknya cerita tentang vokalis kumpulan Peterpan, Ariel dengan salah seorang pasangan ranjangnya, Luna Maya belum habis lagi diperkatakan pihak media Indonesia mahupun Malaysia. Malah semakin hari semakin panas dibuatnya. 


Terbaru, BdkGtah mendapat tahu mereka berkemungkinan akan dinikahkan bagi mengubah imej dan persepsi buruk masyarakat terhadap mereka. Menariknya, pernikahan itu berkemungkinan akan diadakan di bilik lokap polis Indonesia yang kini menjadi tempat Ariel ditahan.


Menurut sumber yang terbabit dalam siasatan kes penyebaran video lucah (Ariel) itu, berkata, pihaknya juga terfikir untuk menyatukan pasangan terbabit secara sah. Katanya, mereka tidak berkahwin secara terus, sebaliknya akan ditunangkan terlebih dahulu. Namun ia mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Sehubungan itu, polis akan memaklumkan kepada media jika rancangan pertunangan itu akan dilaksanakan. Kalaulah benar ia berlaku,BdkGtah  percaya inilah perkahwinan selebriti paling menarik pernah dijalankan. Mana tidaknya,BdkGtah sendiri pun tidak pernah dengar pasangan melangsung perkahwinan didalam lokap, lebih-lebih lagi pasangan yang bergelar selebriti.
Ketika ini, Ariel masih ditahan di lokap polis sementara menunggu siasatan disiapkan, manakala Luna Maya bebas, tetapi diwajibkan melaporkan diri apabila diperlukan.
Kedua-dua mereka kini dianggap suspek dan berkemungkinan besar akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

BDKGTAH:persoalannya,apakah pndangan masyarakat terhadap Ariel selepas dia dibebaskan nanti. Adakah dia masih menjadi penyanyi atau sebaliknya. Kita tunggu sajalah

0 comments to “Ariel, Luna Dinikahkan Dalam Lokap?”

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz