Isnin, 23 Januari 2012

Kenali Andropause - Menopause Lelaki Bukan Mitos

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!


Ramai dikalangan kita tidak tahu bahawa lelaki juga mempunyai kondisi menopause seperti seseorang wanita yang dipanggil 'man-opause', male menopause atau lebih tepat dipanggil andropause.
Andropause sedikit berbeza dengan menopause seseorang wanita, kerana lelaki tidak mempunyai tanda-tanda jelas seperti wanita yang putus haid. Kedua-dua gejala ini sama dari segi penurunan horman estrogen bagi wanita dan hormon testosteron bagi lelaki yang membawa perubahan sikap, tubuh badan, emosi, tenaga fizikal dan nafsu seksual.

Antara tanda besar andropause adalah penurunan produksi hormon testosteron. Penurunan horman ini mengakibatkan pelbagai penyakit menyerang lelaki seperti lemah tulang dan sakit jantung. Perbezaan antara menopause dan andropause adalah wanita kehilangan hormon estrogen secara penuh dan peluang untuk mengandung semakin berkurangan sejajar dengan usia, lelaki pula tidak kehilangan hormon testosteron secara penuh dan peluang untuk mendapat anak masih ada tetapi nipis walaupun umur sudah berlanjutan.

Andropause juga mengakibat gejala seperti menopause dimana lelaki akan mengalami tubuh panas-dingin dan pening serta mual untuk beberapa minit dalam selang 2 hingga 4 jam. Sama seperti menopause, lelaki akan mengalami perbuhan mood pada saat fluktuasi andropause. Hormon akan mempengaruhi takat serotonin dalam otak yang kemudiannya akan mempengaruhi mood. Mood ini tidak terlalu ekstrem seperti pada seorang wanita, tetapi ia tetap bahaya dan membawa kepada tekanan dan kemurungan.

Kekurangan hormon testosteron turut mengurang ketumpuan, ingatan dan nafsu seksual seseorang lelaki. Lelaki merokok akan mempercepatkan masa kearah andropause dengan kesan ketara seperti mati pucuk (ED), cepat letih dan marah, cepat lupa, kehilangan nafsu seksual, kemurungan dan kepanasan. 


SUMBER:http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=83342

0 comments to “Kenali Andropause - Menopause Lelaki Bukan Mitos”

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz