Rabu, 9 Januari 2013

Cek Nuffnang Ku Dah Sampai

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!

...semalam sedang aku nyenyak tido,tiba-tiba mak aku kejut aku..aku pon bangun r..Bila aku bangun je mak aku pon bilang ada encik posmen datang dan bagi surat berupa cek kat aku..Bila aku tengok rupa-rupanya cek dari nuffnang..haha..Hari ini aku bangun awal sebab nak g bank n tebus cek nuffnang aku..Aku berblogging just suka-suka je..so rase amat berharga bila dapat cmni walaupon nilainya hanya ratus je..Target pasni nk tgu sampai rm**** pulak baru nak tebus..hehe

Ni gambar cek nuffnang aq


Bagi yang x tahu apa itu nuffnang,boleh baca kat bawah ni..
Aku malas nak mangarang so aq ambik dari SINI je..

NUFFNANG adalah sebuah Syarikat Pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog  NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan NUFFNANG  terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan medium Blogger akan digunakan.

Tak semestinya seseorang blogger itu mendapat imbuhan yang kencang kerana kalau inginkan pendapatan yang lumayan terdapat beberapa kriteria yang perlu dilihat dan itu sudah semestinya usaha seorang blogger itu sendiri agar blog mereka menepati citarasa pelanggan. NUFFNANG hanya akan memberi tugasan berdasarkan makluman dari pengiklan.

Kalau korang nak tahu bagaimana pendapatan dijana melalui NUFFNANG adalah lebih baik korang daftar dulu untuk memudahkan korang faham dan dengan cara ni korang akan dapat faham dengan lebih mudah. Kalau tak faham korang jangan risau,ramai blogger-blogger yang sedia membantu dan juga korang boleh bertanya dengan Staff NUFFNANG yang peramah.

Mulakan langkah sebagai seorang blogger yang berdedikasi dan memiliki identiti sendiri. Pesanan aku janganlah korang  berblogging hanya kerana wang ringgit semata-mata. Pelajari dulu  berblogging secara berhemah dan korang akan faham apa erti blogging sebenarnya. Satu lagi tak semestinya ganjaran akan korang perolehi dalam masa terdekat tanpa usaha.

sekian..

0 comments to “Cek Nuffnang Ku Dah Sampai”

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz