Sabtu, 26 Januari 2013

Ayat Al-Quran Diubah Dalam Aplikasi Apple App Store | Mohon Edarkan!!!

,

Masih tidak ramai pengguna telefon pintar yang tahu akan hal ini. Satu versi baru al-Quran yang dikeluarkan oleh Apple App Store telah mengguris hati ramai kaum muslimin. Applikasi ini dihasilkan oleh kumpulan Ahmadiyyah dan Qadiani, dengan nama "The Holy Quran Arabic text and English translation”. Ayat-ayat al-Quran dalam versi ini diterjemah oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community yang jelas dinyatakan dalam maklumat di iPhone App Store itu.

Produk ini wajib diboikot kerana ia menyeleweng dan mengelirukan serta bercanggah dengan ayat-ayat suci al-Quran yang asal. Kami memohon anda berkongsi dengan semua rakan-rakan anda tentang perkara ini. Sekiranya mereka bukan pengguna android atau iPhone, sekurang-kurangnya mereka boleh memberitahu orang lain, insya-Allah.





Sabtu, 12 Januari 2013

Fakta Menarik Tentang Kaabah

,


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Lagi fakta yang kalian perlu tahu….

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.




15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh


sumber:http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=118234

Rabu, 9 Januari 2013

Cek Nuffnang Ku Dah Sampai

,

...semalam sedang aku nyenyak tido,tiba-tiba mak aku kejut aku..aku pon bangun r..Bila aku bangun je mak aku pon bilang ada encik posmen datang dan bagi surat berupa cek kat aku..Bila aku tengok rupa-rupanya cek dari nuffnang..haha..Hari ini aku bangun awal sebab nak g bank n tebus cek nuffnang aku..Aku berblogging just suka-suka je..so rase amat berharga bila dapat cmni walaupon nilainya hanya ratus je..Target pasni nk tgu sampai rm**** pulak baru nak tebus..hehe

Ni gambar cek nuffnang aq


Bagi yang x tahu apa itu nuffnang,boleh baca kat bawah ni..
Aku malas nak mangarang so aq ambik dari SINI je..

NUFFNANG adalah sebuah Syarikat Pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog  NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan NUFFNANG  terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan medium Blogger akan digunakan.

Tak semestinya seseorang blogger itu mendapat imbuhan yang kencang kerana kalau inginkan pendapatan yang lumayan terdapat beberapa kriteria yang perlu dilihat dan itu sudah semestinya usaha seorang blogger itu sendiri agar blog mereka menepati citarasa pelanggan. NUFFNANG hanya akan memberi tugasan berdasarkan makluman dari pengiklan.

Kalau korang nak tahu bagaimana pendapatan dijana melalui NUFFNANG adalah lebih baik korang daftar dulu untuk memudahkan korang faham dan dengan cara ni korang akan dapat faham dengan lebih mudah. Kalau tak faham korang jangan risau,ramai blogger-blogger yang sedia membantu dan juga korang boleh bertanya dengan Staff NUFFNANG yang peramah.

Mulakan langkah sebagai seorang blogger yang berdedikasi dan memiliki identiti sendiri. Pesanan aku janganlah korang  berblogging hanya kerana wang ringgit semata-mata. Pelajari dulu  berblogging secara berhemah dan korang akan faham apa erti blogging sebenarnya. Satu lagi tak semestinya ganjaran akan korang perolehi dalam masa terdekat tanpa usaha.

sekian..

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz