Sabtu, 17 September 2011

Hukum Orang Islam Menyentuh Anjing Mengikut Mazhab Shafie

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!


baru2 ni kecoh gak isu Nanu bergambo ngan anjing. sebagai rujukan kita bersama, sila baca maklum balas dari pihak JAIS berkaitan hukum dan perkara yang berkaitan dengan anjing.



PERTAMA
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat).Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.



KEDUA
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


KETIGA
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.



KEEMPAT
Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan sama sekali dalam konteks bermazhab.
Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu’ Fatawa, halaman 382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orangorang yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari Rasulullah S.A.W.Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.
Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau memilih sesuatu pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu’ Fatawa, halaman 23).


4 comments to “Hukum Orang Islam Menyentuh Anjing Mengikut Mazhab Shafie”

  • 21 September 2011 pada 5:07 PTG

    thanks for sharing. orang ni tak paham kadang2 kucing byk.nak gak beli anjing. mmg la comel.

    btw da folo blog ni :)

  • 28 September 2011 pada 1:54 PTG
    Dda Ly says:

    dlm byk2 haiwan, nape mesti anjing jgak yg jadi pilihan?? adoii!

    salam kenal..
    meh ke rumah..
    mia & fisioterapi
    keep in touch...♥♥♥

  • 12 Februari 2012 pada 1:49 PTG
    Tanpa Nama says:

    assalamualaikum wbt...

    itulah, bila yg x boleh sendiri nak bolehkan... mcm x pernah belajar je buat..

    selamat berkenalan juga... klu nak cari coklat utk buat doorgift sebarang majis/ acara, bolehlah cari kami,
    Chachachoc X, Pakar Coklat Doorgift Anda :)
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=360597837297823&set=a.347768541914086.91211.100000428293431&type=3

    Kindly like & share. Thanks!

  • 29 Januari 2013 pada 6:17 PTG
    Unknown says:

    Haramm ttp haram......

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz