Khamis, 7 Mei 2015

Kisah Hidupku

,
TOLONG KLIK GAMBAR INI!!!


KISAH HIDUPKU
            Pada tanggal 28 ogos 1991 ,tepat jam 10:31 pagi,aku telah dilahirkan di Hospital Pontian  Johor.Nama Norhafiz telah diberikan kepadaku..Aku “Di tatang bagai minyak yang penuh” oleh keluarga ku..Aku merupakan anak bongsu  dari 6 orang adik beradik.Aku juga digelar sebagai Putera Bongsu di dalam keluarga ku.Aku dibesarkan di Kampung Penerok pontian johor sehingga aku dewasa.

            Sewaktu usia ku mencecah 6 tahun,ibuku telah manghantar ku ke pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Penerok.Aku mendapat pendidikan pertama dalam  hidupku di sekolah  itu.Aku mula belajar mengenali dunia sewaktu usia ku mencecah 7 tahun iaitu pada ketika itu aku sudah darjah 1 di sekolah.Seingatku,guru kelasku pada ketika itu ialah Cikgu Hayati.Aku berada di Sekolah Kebangsasan Penerok sehingga aku tamat darjah 6 iaitu aku berumur 12 tahun pada ketika itu.
            Pada tanggal 2 januari 2004,jam 8 pagi,ibuku telah mendaftarkan aku di sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang Pontian Johor.Aku mula mendapat pendidikan sekolah menengah pertama di sekolah ini.Pada ketika itu usiaku telah mencecah 13 tahun.Disekolah menengah ini lah aku belajar menjadi dewasa.Aku dapat mengenali lebih ramai rakan di sekolah ini berbanding sewaktu aku di sekolah randah dahulu tanpa mengira bangsa dan agama.Aku belajar hidup berdikari disekolah ini.

            “Kusangkakan  panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari” sewaktu aku melangkah ke tingkatan dua di sekolah ini,baru dua minggu aku bersekolah aku telah di hadapkan ke guru disiplin atas masalah disiplin ku bergaduh sehingga kes polis menyebabkan perkauman antara cina dan melayu.Aku telah di buang sekolah!!!”Nasi Dah Jadi Bubur” hendak menyesal pun tidak berguna lagi.Betul apa yang orang tua ku katakan bahawa “sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna”.Setahun aku menjadi penganggur tetap di rumah.Makan,minum dan tidur menjadi hobiku ketika aku tidak bersekolah.

            Pada awal tahun 2006,setelah mendapat kebenaran dari Pejabat Pelajaran Pontian (PPD) dan Pejabat Pelajaran Johor Bahru,aku telah mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup.Aku menjadi pelajar baru di sekolah ini di tingkatan tiga.Bak kata pepatah,”Masuk kandang harimau mengaum,Masuk kandang kambing mengembik”..Hidupku terasa perit untuk menyesuaikan diri di sekolah baru ini kerana aku tiada sesiapa disini..tetapi  demi menuntut ilmu,aku sanggup berkorban apa sahaja!!!

            Alhamdulillah!!!dengan berkat usaha ku,aku telah berjaya menghabiskan sekolah hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Aku mempunyai keputusan Spm yang tidak seberapa tetapi cukup untukku melayakkan diri ke tingkatan enam bersama rakan-rakanku yang tercinta..Setelah tamat tingkatan 6,aku ditawarkan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Busines Management,tapi kerana minat aku hanyalah di computer,aku menolak tawaran UUM dan aku memohon untuk masuk ke ILP dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian.Akhirnya aq diterima..Di ILP, aku mulakan hidup baru dan belajar benda baru..akhirnya Alhamdulillah,,pada semester 1 aku mendapat pointer paling tinggi di dalam kelas..walaupon tidak dekan,hanyalah 3.57 tapi  ia amat bermakna atas segala usaha ku selama ini..Insyallah…aku akan cuba kekalkan keputusan ini sehingga aku habis belajar disini…HEHEHE…….BERSAMBUNG……..Why So Serious???

0 comments to “Kisah Hidupku”

Catat Ulasan

 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz