Khamis, 7 Mei 2015

Aku dan Kehidupan

,


WHO AM I??? SIAPAKAH SAYA???

ASSALAMUALAIKUM..

Saya adalah Ha***.. Anak ke enam dari enam orang adik beradik. Saya di lahirkan pada 28 Ogos 19** di hospital Pontian Johor..

Saya mula mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Penerok dari pra sekolah sehingga tamat darjah 6.. Saya menyambung pelajaran ke sekolah menengah di SMK SRI KUKUP sehingga tamat tingkatan 6.. Oleh kerana minat hanya pada computer,saya menolak tawaran ke UUM dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan saya mengambil sijil Teknologi Komputer Rangkaian di Institut Latihan Perindustrian..

Setelah tamat pegajian di ILP,saya memulakan kerjaya hidup dengan memegang  jawatan sebagai IT Technicians & Social Media..  Setahun memegang jawatan ini, saya telah beralih ke bidang marketing dan sale di company yang sama..

Saya bukanlah anak orang kaya..Saya menjadi anak yatim sewaktu darjah 4..dan pada ketika itu saya hidup dalam serba kekurangan..tapi Alhamdulillah saya dapat hidup dan didikan sehingga hari ini..kesempitan hidup sewaktu saya kanak-kanak mengajar saya ingin berusaha mencari kesenangan..

 Saya adalah saya..bukan orang lain..bukan sesiapa.. Saya yang menentukan hidup saya.. Tiada siapa dapat menentukan hidup saya.. saya hidup dalam keadaan serba sederhana.. Jujur saya katakan saya cemburu melihat kesenangan dan kemewahan orang lain hasil dari usahanya sendiri dan bukanlah hasil kesenangan di perolehi dari mak bapak..

Saya tidak berpelajaran tinggi sehingga master,phd dan lain-lain..tetapi saya ingin Berjaya dan mempunyai pendapatan sama atau lebih dari mereka yang berpelajaran tinggi..

Bagi saya,kesusahan dalam hidup di waktu silam bukanlah penghalang untuk Berjaya pada hari ini..

Kalau orang lain boleh Berjaya kenapa saya tidak???

Muhasabahkan diri, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan kontoversi, Tetapkan Jati Diri..
Sekian J




WHERE AM I??? DIMANAKAH SAYA???

Saya kini berada di landasan yang kurang tepat untuk kesenangan..
Saya masih lagi berada di kelompok makan gaji dan kuli..kerja macam nak mati untuk kayakan orang..

Kerja makan gaji ada had nya pendapatan.. contohnya basic rm2000 + ot sampai nak mati + elaun pon  tetap tidak akan cecah rm10000 sebulan..

9 dari 10 rezeki yang datang adalah dari perniagaan..

So saya sentiasa berusaha mencari lagi kesenangan dalam hidup..
Saya selalu bertanya pada diri sendiri,nak kan kesenangan tapi apakah yang saya lakukan untuk dapatkan semua itu???

Impian tidak akan tercapai tanpa usaha..so sebagai permulaan saya belajar meniaga sendiri secara kecil-kecilan.. Apa yang boleh di buat duit semua saya cuba dapatkan.. dropship barang, Berikan perkhidmatan pada orang, Belajar buat pelaburan asb, Unit trust, Bursa saham dan akan datang insyaallah forex dan insurans..

Pak menteri pernah cakap, “kalau tak suka Malaysia sila keluar Malaysia”
Saya kini hidup di dalam Malaysia iaitu tanah tumpah saya..tak mungkin saya akan berpindah menjadi warganegara lain..Kos sara hidup di Malaysia makin hari makin meningkat, ditambah lagi dengan GST.. So saya perlu mencari jalan lain untuk meningkatkan pedapatan saya yang tak seberapa ni..

Saya selalu berkata pada diri sendiri, jika orang lain boleh kenapa saya tidak???
So tiada yang mustahil dalam hidup dengan adanya usaha dan motivasi diri..

Saya ulangi, saya masih hidup di landasan yang kurang tepat untuk mencapai matlamat hidup saya kerana pendapatan saya kini adalah masih lagi ada had nya.. Saya ingin kan sesuatu yang tiada had pendapatan, contohnya seperti bisnes!!! Yer!! muktamad bisnes adalah medium yang paling tepat!!!




WHERE AM I GOING ??? DIMANAKAH SAYA PERGI???

Seperti saya katakan tadi saya masih tidak berada di landasan yang tidak tepat untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dan senang..

Saya masih lagi bekerja makan gaji.. Tiada kebebasan masa.. So sekarang saya cuba mencari sikit-sikit income lain selain dari makan gaji.. Saya mula berkenalan dengan dunia pelaburan dan perniagaan.. Saya mula tanamkan minat menuntut ilmu perniagaan dan pelaburan.. Saya mula menjadikan orang-orang yang Berjaya sebagai ikon penyuntik semangat saya untuk berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar iaitu melayu terkaya di Malaysia, Pidomat  iaitu penulis buku yang sanggup tinggalkan kerjaya makan gaji rm15000 sebulan dengan Petronas dan mulakan kerjaya perniagaan dan insurans..

Sebagai permulaan, Alhamdulillah dengan kemahiran yang saya ada  saya mulakan bisnes repair computer kecil-kecilkan di rumah..  Saya mulakan perniagaan menjual barangan rokok elektronik..Saya mula dropship barang..Saya mula berikan perkhidmatan setup it equipment kepada orang-orang terdekat dahulu..Walaupun untungnya tidak seberapa tapi saya puas kerana dapat ilmu dan pengalaman.. 

Selain itu  Saya mula belajar mengenai pelaburan..Pelaburan pertama yang saya buat ialah ASB..Dengan berbekalkan teknik-teknik yang dapat dari forum Carigold saya mulakan loan dan targetkan bayar rm170 sebulan untuk loan 200k..semua itu tidak mustahil jika kita ada ilmu dan tahu teknik.. Sebagai permulaan saya mencari pelaburan yang 1:1..Kini saya mula berjinak pula dengan bursa saham dan baru sahaja membeli 1 lot saham Malakof berharga rm1800..Akan datang insyallah saya menerjah ke forex pula yang “high risk, high return” ..

Saya adalah paling anti dengan MLM..Saya tidak katakan MLM itu salah, tapi kebanyakannya penipu!!!

Kini juga saya mula berkenalan dengan insurans..Sudah lama saya perhatikan insuran, Cuma tidak berpeluang untuk kenal apa itu insuran dengan lebih dekat..

Adakah ala-ala MLM juga??

Semua itu saya akan dapat jawapan setelah saya tamat kelas di Al-Isra.. Apa yang saya tahu setakat ini insuran berbeza dengan MLM dan boleh mempunyai pendapatan yang tiada had.. Jika benar insyallah saya akan berusaha untuk jadi agen insuran full time dan Berjaya dalam insuran seperti orang lain..

Orang lain boleh Berjaya dengan insurans, tak kan saya tak boleh kan???
Tiada yang mustahil di dunia ini jika kita berusaha..hehe



HOW TO GET THERE? BAGAIMANA UNTUK SAMPAI KE SANA??

ILMU DAN USAHA!!! Bagi saya impian akan jadi kenyataan dengan ilmu dan usaha..

Potongan hadith

“Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim.”

Bagi saya ilmu harus di tuntut sampai mati..hinggakan kita dah mati pon pak imam masih baca talkin bagi ilmu apa kita nak jawab jika malaikat tanya “ma robbuka” ..Tanpa ilmu kita tidak akan  dapat jawab..


Situasi Jika kita ada harta yang banyak, perniagaan besar diwarisi dari mak bapak,kemewahan dan lain-lain tetapi kita tidak ada ilmu..So tak mustahil semua tu akan hilang dalam sekelip mata jika kita tidak berilmu menguruskannya..Contohnya perniagaan kita muflis, kena tipu dengan orang, perbelanjaan melebihi pendapatan..So sebab itulah pentingnya ilmu..

Tetapi berbeza dengan situasi kita hidup susah atau serba sederhana tetapi kita berilmu..Dengan adanya ilmu dan usaha kita dapat mengejar apa yang kita inginkan..

Selain itu harus berfikiran positif dan tabah..Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..Mulakan pergaulan dengan mereka yang positif insyallah kita akan jadi positif..

Tiada siapa dapat mengubah diri kita selain dari kita.. So setkan minda “aku adalah orang yang akan Berjaya” insyallah sedikit sebanyak mendorong kita untuk Berjaya..

Jika saya,saya tanamkan sifat angkuh dalam diri untuk pembakar semangat saya berjaya..Contohnya “kau doctor, aku technicians, kau ingat kau besar sangat sampai aku nak kena sembah?? Kau ingat aku tak boleh dapat lebih gaji doctor macam kau dapat??” saya lebih suka berfikiran macam ini agar saya rasa tercabar untuk jadi yang lebih baik..Jika saya rasa tercabar, saya akan lakukan kerja dengan debaran, kebiasaannya bila saya melakukan kerja dengan debaran saya rasakan kerja saya menjadi success..

Buangkan sifat malas dalam diri, rajin usaha, hidup berdikari, jaga attitude dan banyak lagi cara untuk saya sampai mengejar cita-cita saya..Larat tak larat nak buat tu bergantung pada diri sendiri..hehe

Akhir kata saya ulangi lagi “Muhasabahkan diri, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan kontoversi, Tetapkan Jati Diri”..
Sekian J


Kisah Hidupku

,


KISAH HIDUPKU
            Pada tanggal 28 ogos 1991 ,tepat jam 10:31 pagi,aku telah dilahirkan di Hospital Pontian  Johor.Nama Norhafiz telah diberikan kepadaku..Aku “Di tatang bagai minyak yang penuh” oleh keluarga ku..Aku merupakan anak bongsu  dari 6 orang adik beradik.Aku juga digelar sebagai Putera Bongsu di dalam keluarga ku.Aku dibesarkan di Kampung Penerok pontian johor sehingga aku dewasa.

            Sewaktu usia ku mencecah 6 tahun,ibuku telah manghantar ku ke pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Penerok.Aku mendapat pendidikan pertama dalam  hidupku di sekolah  itu.Aku mula belajar mengenali dunia sewaktu usia ku mencecah 7 tahun iaitu pada ketika itu aku sudah darjah 1 di sekolah.Seingatku,guru kelasku pada ketika itu ialah Cikgu Hayati.Aku berada di Sekolah Kebangsasan Penerok sehingga aku tamat darjah 6 iaitu aku berumur 12 tahun pada ketika itu.
            Pada tanggal 2 januari 2004,jam 8 pagi,ibuku telah mendaftarkan aku di sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang Pontian Johor.Aku mula mendapat pendidikan sekolah menengah pertama di sekolah ini.Pada ketika itu usiaku telah mencecah 13 tahun.Disekolah menengah ini lah aku belajar menjadi dewasa.Aku dapat mengenali lebih ramai rakan di sekolah ini berbanding sewaktu aku di sekolah randah dahulu tanpa mengira bangsa dan agama.Aku belajar hidup berdikari disekolah ini.

            “Kusangkakan  panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari” sewaktu aku melangkah ke tingkatan dua di sekolah ini,baru dua minggu aku bersekolah aku telah di hadapkan ke guru disiplin atas masalah disiplin ku bergaduh sehingga kes polis menyebabkan perkauman antara cina dan melayu.Aku telah di buang sekolah!!!”Nasi Dah Jadi Bubur” hendak menyesal pun tidak berguna lagi.Betul apa yang orang tua ku katakan bahawa “sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna”.Setahun aku menjadi penganggur tetap di rumah.Makan,minum dan tidur menjadi hobiku ketika aku tidak bersekolah.

            Pada awal tahun 2006,setelah mendapat kebenaran dari Pejabat Pelajaran Pontian (PPD) dan Pejabat Pelajaran Johor Bahru,aku telah mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup.Aku menjadi pelajar baru di sekolah ini di tingkatan tiga.Bak kata pepatah,”Masuk kandang harimau mengaum,Masuk kandang kambing mengembik”..Hidupku terasa perit untuk menyesuaikan diri di sekolah baru ini kerana aku tiada sesiapa disini..tetapi  demi menuntut ilmu,aku sanggup berkorban apa sahaja!!!

            Alhamdulillah!!!dengan berkat usaha ku,aku telah berjaya menghabiskan sekolah hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Aku mempunyai keputusan Spm yang tidak seberapa tetapi cukup untukku melayakkan diri ke tingkatan enam bersama rakan-rakanku yang tercinta..Setelah tamat tingkatan 6,aku ditawarkan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Busines Management,tapi kerana minat aku hanyalah di computer,aku menolak tawaran UUM dan aku memohon untuk masuk ke ILP dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian.Akhirnya aq diterima..Di ILP, aku mulakan hidup baru dan belajar benda baru..akhirnya Alhamdulillah,,pada semester 1 aku mendapat pointer paling tinggi di dalam kelas..walaupon tidak dekan,hanyalah 3.57 tapi  ia amat bermakna atas segala usaha ku selama ini..Insyallah…aku akan cuba kekalkan keputusan ini sehingga aku habis belajar disini…HEHEHE…….BERSAMBUNG……..Why So Serious???
 

Di Dunia Copyright © 2012 | Template design by Hafiz | Powered by Hafiz